Kerjaya bersama Fonterra Malaysia

Sertai kami dan berpeluang melakukan perubahan terhadap kehidupan berjuta-juta insan.

Kami mendapat makluman baru-baru ini bahawa terdapat e-mel penipuan berupa tawaran palsu pekerjaan daripada syarikat kami. Tawaran ini juga dikatakan mengandungi 'tandatangan’ daripada kakitangan pengurusan tertinggi Fonterra, dan meminta individu untuk melengkapkan borang, membekalkan maklumat peribadi dan dalam beberapa situasi, menjelaskan pembayaran sebelum memulakan pekerjaan. Justeru, kami ingin memaklumkan bahawa kami hanya akan menghubungi anda dari alamat e-mel @ fonterra.com, dan tidak melakukan sebarang temuduga menerusi Google/Gmail serta tidak akan meminta anda membuat deposit kewangan. Jika anda bimbang bahawa anda telah menerima e-mel palsu, sila hubungi fonterra.jobs@fonterra.com

Di Fonterra, anda bukan sekadar bekerja di dalam industri pengeluaran susu semata-mata. Malah, kami menawarkan individu-individu yang berkelayakan sebuah kerjaya bertaraf dunia dengan pelbagai pilihan sektor – daripada perniagaan agrikultur hingga ke sains, penyelidikan juga pemasaran serta jualan.

Sebagai peneraju pengeksport dan pemproses produk tenusu, Fonterra memiliki lebih daripada 20,000 orang kakitangan di seluruh dunia. Rangkaian pejabat dan fasiliti kami yang luas dan menyeluruh menyediakan kepelbagaian peluang pekerjaan – termasuk di Malaysia.

Kakitangan kami memegang pelbagai peranan korporat bagi menyokong jenama pengguna, bahan dan perniagaan perkhidmatan makanan kami yang berpusat di ibu pejabat tempatan; serta memainkan peranan penting dalam sektor logistik, rantaian bekalan, dan pembuatan untuk menyokong dua fasiliti pembuatan kami.

Di rantau Asia, lebih daripada 90 peratus kumpulan pengurusan kami adalah terdiri daripada individu-individu tempatan yang berbakat. Bakat tempatan adalah aset terbesar kami, dan sebaik sahaja anda bersama kami, kami mahu anda menjadi yang terbaik – justeru anda akan menerima latihan sepenuhnya untuk menguasai bidang anda.    

Kerjaya Global Fonterra

Terokai dunia bersama kerjaya di Fonterra.