Fonterra Malaysia

Kami yakin bahawa tenusu New Zealand yang tulen mampu membuat perubahan dan sekaligus membina Malaysia yang lebih sihat.

Kami adalah sebuah syarikat berasaskan tenusu dan merupakan pemilik kepada jenama-jenama terkemuka di Malaysia seperti Anlene, Anmum, Anchor, Fernleaf dan CalciYum.

Matlamat kami adalah untuk melakukan perubahan kepada kehidupan 30 juta rakyat Malaysia menerusi produk yang sihat dan lazat. Setiap hari lebih daripada 700 kakitangan Malaysia kami berusaha dengan penuh dedikasi untuk menghasilkan nutrisi tenusu terbaik, sesuatu yang telah kami lakukan selama 43 tahun yang lalu.

PENUTUP KUALITI Trusted Goodness™ 

Setiap pek kami disertakan dengan penutup kualiti Trusted Goodness™. Ini adalah jaminan kami kepada Malaysia dan seluruh dunia bahawa produk kami sememangnya bertaraf dunia daripada New Zealand. 

Komitmen kami 

Kami komited untuk memperkasakan kehidupan dan membuat perubahan positif terhadap insan, komuniti dan alam sekitar.

Kerjaya bersama Fonterra Malaysia

Sertai kami dan berpeluang melakukan perubahan terhadap kehidupan berjuta-juta insan. Kami menghasilkan nutrisi untuk keperluan lebih satu bilion pelanggan di lebih 100 pasaran dunia dengan sokongan kakitangan kami.

Terkini di Media Sosial