Trusted Goodness™

Apabila anda memilih produk kami, anda boleh meyakini bahawa anda memilih antara produk tenusu yang terbaik di dunia.

Susu berkualiti tinggi datangnya dari padang rumput yang subur

Kami beruntung kerana berada di New Zealand. Dikelilingi oleh udara yang bersih dan bermandikan hujan dan cahaya matahari, ia adalah iklim yang ideal untuk pertumbuhan dan kesuburan sumber produk kami.

Kami memelihara lembu-lembu ternakan kami dengan sebaiknya

Kami percaya bahawa kualiti pemeliharaan yang baik akan menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. Susu inilah yang menjadi kebanggaan kami untuk dikongsi bersama keluarga sendiri dan seluruh dunia.    

Kami lakukan segalanya demi melindungi ketulenan susu kami

Setiap daripada kami memberikan komitmen dan ketelitian sepenuhnya bagi memastikan integriti produk sentiasa dilindungi di sepanjang perjalanan rantaian pembekalan kami yang bertaraf dunia.