Lokasi Kami

Ibu pejabat kami dan dua tapak perkilangan kami di Malaysia terletak di Shah Alam, Selangor, manakala Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Fonterra kami berada di Puchong, Selangor.

Ibu Pejabat

Ibu pejabat Fonterra Brands Malaysia terletak di Shah Alam, Selangor.

Kami mempunyai sejumlah 120 orang kakitangan yang bertugas mengendalikan keseluruhan portfolio jenama pengguna dan perkhidmatan makanan kami.

Tumpuan utama kami adalah untuk mengembangkan perniagaan dengan berterusan seiring dengan objektif untuk memenuhi keperluan pemakanan pengguna di Malaysia.

Pusat Perkhidmatan Perkongsian Global

Pada tahun 2015, kami telah menubuhkan pusat khidmat perkongsian di Puchong, Selangor untuk memperkemaskan operasi dan membolehkan kami mendekati pengguna kami serta mengembangkan pasaran pertumbuhan utama di Asia dengan lebih pantas.

Pusat khidmat perkongsian kami menyediakan khidmat perakaunan, sumber manusia, dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk operasi kami di seluruh dunia. Ia juga berfungsi sebagai pusat kecemerlangan serantau bagi kesihatan dan keselamatan, pemerolehan, dan keselamatan dan kualiti makanan.

Fasiliti pengeluaran

Dua fasiliti pengeluaran kami iaitu Dairymas dan Susumas mempunyai kapasiti pemprosesan 46,000 metrik tan produk tenusu New Zealand setiap tahun. Pada tahun 1996, Malaysia menjadi pusat pembungkusan serantau untuk jenama serbuk susu Fonterra.

Kira-kira 40 peratus daripada produk kami yang dihasilkan di Malaysia adalah untuk dieksport ke 11 negara di serata Asia dan Timur Tengah.

Dairymas

Fasiliti Dairymas kami adalah salah satu daripada fasiliti pemprosesan tenusu cair yang terbesar di Malaysia.

Dibina pada tahun 1999, ia bagi memenuhi permintaan menggalakkan oleh rakyat Malaysia terhadap produk-produk tenusu UHT dan yogurt.

Fasiliti ini memproses kira-kira 10,000 tan metrik susu cair setiap tahun, sebelum ia akan menjadi produk akhir iaitu yogurt dan minuman susu CalciYum, Fernleaf dan Anlene yogurt.

Susumas

Fasiliti Susumas yang terletak di Taman Perindustrian Subang Hi-Tech dibina pada tahun 1992.

Susumas mempunyai kapasiti pemprosesan keseluruhan sekitar 30,000 tan metrik setahun. Fasiliti ini mengadun dan menghasilkan pek produk susu tepung untuk jenama terkemuka pengguna seperti Anlene, Anmum (Materna, Lacta, Essential) dan Fernleaf.