Anlene adalah jenama susu dewasa nombor 1 di Malaysia. Ia dirumus khas untuk menyokong kesihatan otot, sendi dan tulang agar rakyat Malaysia mampu bergerak seperti usia muda.
Rangkaian jenama Anmum adalah produk nutrisi yang dipercayai untuk wanita yang merancang untuk hamil, ibu hamil dan yang menyusukan, serta untuk si manja.
Jenama Fernleaf menawarkan kebaikan tenusu dari ladang-ladang kami di New Zealand kepada keluarga di seluruh Malaysia, susu berkhasiat yang menyumbang kepada diet sihat dan seimbang.
Rangkaian produk CalciYum mempunyai cita rasa yang lazat dan penuh dengan kebaikan nutrien yang membantu kanak-kanak mencapai Badan Aktif, Minda Aktif.
Anchor adalah jenama rangkaian mentega dan keju yang diperbuat daripada kebaikan susu keluaran New Zealand, ia merupakan pilihan popular di kalangan keluarga di Malaysia.
Chesdale merupakan jenama peneraju kepingan keju di Malaysia yang mempunyai kandungan kalsium tertinggi untuk membina kekuatan kanak-kanak.
Jenama yang menawarkan perkhidmatan makanan berprestasi tinggi, Anchor Food Professionals merupakan pembekal produk tenusu dan bahan mentah yang terbesar untuk bakeri dan pengeluar makanan terkemuka di Malaysia.
Rangkaian keju Mainland keluaran kami diperbuat daripada susu tulen New Zealand dan terkenal kerana kualiti dan ketelitian buatannya.
Perfect Italiano menawarkan produk rangkaian keju dan bahan masakan yang dihasilkan menggunakan kaedah tradisional Itali, menyerlahkan lagi kelazatan masakan anda bagai sentuhan ala Itali.
Jenama NZMP kami membekalkan ramuan tenusu berkualiti tinggi kepada pengeluar makanan terkemuka di Malaysia. Kami menawarkan solusi daripada bahan tenusu biasa seperti serbuk susu dan mentega, ke bahan-bahan berfungsi khusus seperti protein untuk minuman sukan.
Jenama NZMP kami membekalkan ramuan tenusu berkualiti tinggi kepada pengeluar makanan terkemuka di Malaysia. Kami menawarkan solusi daripada bahan tenusu biasa seperti serbuk susu dan mentega, ke bahan-bahan berfungsi khusus seperti protein untuk minuman sukan.