Komitmen kami

Kami komited untuk memperkasakan kehidupan dan membuat perubahan positif terhadap insan, komuniti dan alam sekitar.

Matlamat kami adalah untuk melakukan perubahan kepada kehidupan 30 juta rakyat Malaysia dengan menawarkan produk yang sihat dan lazat.

Untuk mencapai matlamat ini, kami komited untuk memastikan semua produk kami memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti makanan tertinggi dan kepatuhan kepada piawaian Halal. Kami juga berbangga menjadi sebahagian daripada komuniti di Malaysia dan bekerja setiap hari untuk melakukan perubahan yang positif di mana jua kami beroperasi.

Saluran rantaian bekalan kami yang menyeluruh dan dipantau dengan penuh ketelitian memastikan yang kami mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas setiap langkah proses pengeluaran, justeru membolehkan kami mengeluarkan produk berkualiti tinggi untuk pelanggan dan pengguna kami.

Setiap tahun kami menjalankan hampir tujuh juta ujian keselamatan dan kualiti makanan dan terus meneroka kaedah inovatif untuk meningkatkan sistem bertaraf dunia kami.

Kami komited untuk:

  • Keselamatan makanan - Menghasilkan dan membekalkan makanan yang berkualiti dan selamat.
  • Kesihatan pengguna - Menghasilkan dan membekalkan produk tenusu berkhasiat.
  • Kepuasan pelanggan - Sentiasa memenuhi dan mengatasi jangkaan pelanggan dan pengguna.
  • Pematuhan peraturan - Mematuhi peraturan dan kawal selia persekitaran yang berkaitan untuk perdagangan produk makanan.

Kami menyediakan produk tenusu berkualiti tinggi di Malaysia yang disahkan dan memenuhi piawaian Halal tertinggi yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan badan-badan relevan serta badan pensijilan Halal asing yang diiktiraf.

Kami mengambil langkah-langkah terperinci untuk memastikan rantaian bekalan kami memenuhi standard Halal yang ketat.

Ini bermakna: 

  • Semua bahan yang digunakan dalam proses pembuatan mesti disahkan Halal oleh JAKIM dan pihak-pihak pensijilan dan pihak berkuasa halal asing yang diiktiraf relevan sebelum memasuki fasiliti pengeluaran kami.
  • Bahan-bahan yang berasal dari porsin adalah dilarang di semua fasiliti pengeluaran kami.
  • Kami membersihkan fasiliti pengeluaran kami dengan kaedah yang efisien bagi menghalang sebarang peluang pencemaran daripada sumber lain.
  • Di Malaysia, kami bekerjasama dengan pengedar mematuhi piawaian Halal untuk mengelakkan pencemaran terhadap jenama kami sendiri di stor-stor mereka.

Sejak tahun 2012 lagi, kami telah bekerjasama dengan Yayasan Salam Malaysia (SALAM) dalam program pembangunan pendidikan, kesihatan dan pemakanan kanak-kanak.

Aktiviti kemasyarakatan ini melibatkan 50 keluarga Orang Asli di Kampung Pertak, sebuah komuniti yang terletak di Hulu Selangor, Selangor.

Ia bertujuan untuk memupuk minat terhadap pendidikan dan kepentingan kesihatan dan pemakanan dalam masyarakat Kampung Pertak melalui pendekatan pendidikan yang sistematik dan kreatif. Ini termasuklah kelas pendidikan kanak-kanak secara percuma, bengkel pemakanan, dan pemeriksaan kesihatan.    

Perniagaan kami adalah berasaskan sumber asli, jadi melindungi alam sekitar adalah penting untuk perkembangan kami. Kami komited untuk menjadi antara pengeluar makanan yang paling mesra alam di dunia.

Kami menyedari bahawa kemampanan bermula di rumah juga di ladang. Para penternak kami menerajuinya dengan menggunakan sumber semula jadi secara bertanggungjawab, sekaligus memastikan sumber susu yang berkualiti.

Di seluruh operasi pengeluaran, kami menggalakkan kitar semula dan pengurangan sisa, mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan gas rumah hijau, dan melindungi kualiti air yang kami gunakan. Dengan ini, kami bukan sahaja memberikan impak positif terhadap alam sekitar, malah ia juga memberikan kesan positif terhadap kos operasi kami.